Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
Banyak orang banyak ragam.
Maksud Rangkap: Setiap orang mempunyai pendapat dan kemahuan yang berbeza-beza. Jadi makin banyak orang makin banyak ragamnya.
Lain dulang lain kakinya,
Lain dahulu lain sekarang.
Maksud Rangkap:Setiap orang mempunyai minat dan keinginan yang berbeza-beza.
Lain ulu lain parang,
Lain dulu lain sekarang.
Lain dulu lain sekarang.
Maksud Rangkap:Setiap manusia akan berubah mengikut peredaran masa dan waktu
Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.
Ada budi ada balas.
Maksud Rangkap:Setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik.
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
Orang memberi kita merasa.
Maksud Rangkap:Tiap-tiap pemberian orang dibalas dengan terima kasih
Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.
Tak sungguh orang tak kata.
Maksud Rangkap:Orang mengata sesuatu perkara itu tentulah sesuatu ada sebabnya.
Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.
Sebab mulut badan binasa.
Maksud Rangkap:Kerana perbuatan orang lain kita dapat kecelakaannya.
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.
Hati terang senang faham.
Maksud Rangkap:Mudah mendapat ilmu jika hati kita tenang dan faham.
Tema:
Pantun Dua kerat Resam Hidup Manusia bertemakan adat resam kehidupan manusia.
Nilai
1) Berbudi bahasa - contohnya setiap orang digalakkan berbudi bahasa.
2) Hormat-menghormati - setiap orang perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
3) Menghargai - contohnya setiap pemberian orang kita perlu ucapkan terima kasih sebagai penghargaan.
4) Bersopan santun - perlakuan dan percakapan kita perlu dijaga agak tidak terlanjur bicara
5) Kasih sayang - kasih sayang akan menjamin kesejahteraan hidup dalam masyarakat
2) Kita hendaklah menghormati orang lain kerana apabila kita saling menghormati wujudlah aman dan harmoni.
3) Kita seharusnya menghargai setiap jasa dan bakti orang lain supaya setiap perlakuan kita disanjung tinggi.
4) Kita mestilah mempunyai sikap sopan santun kerana ia melambangkan perilaku dan sifat sebenar kita kepada orang lain.
5) Kita perlulah saling berkasih sayang antara satu sama lain kerana dengan kasih sayang kita dapat menjalin ikatan silatulrahim.
2) Hormat-menghormati - setiap orang perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
3) Menghargai - contohnya setiap pemberian orang kita perlu ucapkan terima kasih sebagai penghargaan.
4) Bersopan santun - perlakuan dan percakapan kita perlu dijaga agak tidak terlanjur bicara
5) Kasih sayang - kasih sayang akan menjamin kesejahteraan hidup dalam masyarakat
Pengajaran
1) Kita hendaklah berbudi bahasa dalam perlakuan kita. Contohnya kita menjaga percakapan dan berbuat baik kepada orang lain.2) Kita hendaklah menghormati orang lain kerana apabila kita saling menghormati wujudlah aman dan harmoni.
3) Kita seharusnya menghargai setiap jasa dan bakti orang lain supaya setiap perlakuan kita disanjung tinggi.
4) Kita mestilah mempunyai sikap sopan santun kerana ia melambangkan perilaku dan sifat sebenar kita kepada orang lain.
5) Kita perlulah saling berkasih sayang antara satu sama lain kerana dengan kasih sayang kita dapat menjalin ikatan silatulrahim.
Sumber :ZIn, M. (2018). RESAM HIDUP MANUSIA (PANTUN DUA KERAT). [online] Samozinn.blogspot.com. Available at: http://samozinn.blogspot.com/2015/10/antologi-teks-kesusasteraan-melayu.html [Accessed 28 Oct. 2018].
Disediakan Oleh : Jayden Tan Voon Leong
Gaya bahasa???
ReplyDelete