Aduhai adikku kakak berpesan, Dapat dilihat sepanjang jalan,
Kelak dirimu jadikan panduan, Indah pemandangan destinasi pelancongan,
Cintailah keindahan jaga kebersihan, Majukan Negara tingkarkan pendapatan.
Persekitaran indah tiada pencemaran.
Kempen kebersihan bersama dihayati, Wahai adikku dengarlah tuan,
Udara nyaman pasti dinikmati, Bumi ini amanah Tuhan,
Sihat badan wajah berseri, Jangan suka membuat kerosakan,
Negara aman hidup harmoni. Nyawa terancam mengganggu kesihatan.
Jadilah warga bertimbang rasa, Bumi ini amanah Tuhan,
Kepada alam membuat jasa, Dijaga rapi ke akhir zaman,
Tanah dan tumbuhan dipelihara, Usah dicari kemurkaan Tuhan,
Kerosakan tiada bumi sejahtera. Kelak nanti ditimpa seksaan.
Air sungai mengalir damai, Tanah, udara dan lautan,
Ombak berlagu memukul pantai, Allah kurnia pelbagai kegunaan,
Unggas bernyanyi suasana permai, Mesti dihayati penuh kesyukuran,
Di hari minggu kita bersantai. Pasti dilimpahi pelbagai kurniaan.
Jerebu berleluasa melanda negara, Sampai hati membuat kerosakan,
Kebakaran dan kilang punca angkara, Menangis bumi banyak pencemaran,
Lapisan ozon semakin derita, Tanah, sungai, parit, lautan,
Tanamkan kesedaran atasi segera. Kotor ditaburi sisa buangan.
Amalan meludah membuang sampah, Sematkan di jiwa semangat iltizam,
Mengotorkan sekitar mesti ditegah, Janganlah suka berbuat kejam,
Menghisap rokok menagih dadah, Flora dan fauna tidak terancam,
Perbuatan yang buruk perlu dicegah. Kehidupan di dunia aman tenteram.
Balak ditebang sesuka hati, Gunakan minda dan kreativiti,
Tanah runtuh di sana sini, Mencanai lukisan ukiran seni,
Rancang pembangunan dengan teliti, Hiasan artifak menambah seri,
Wujudkan keseragaman pentingkan kualiti. Sekitar indah hidup harmoni.
Pelbagai bungaan menghias taman,
Tema
- Kepentingan menjaga alam sekitar
Maksud
Syair ini memberikan nasihat kepada adiknya supaya mencintai alam sekitar. Kempen kebersikan hendaklah dilancar demi menjamin kebersihan alam sekitar. Kita harus mempunyai perasaan cinta akan alam sekitar kerana sekiranya berlaku pencemaran, maka segala haiwan dan habitat akan musnah. Negara kita juga pernah mengalami masalah jerebu. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa insaf dan sedar betapa alam sekitar perlu dijaga dengan sebaiknya
Nilai
- Cintakan alam sekitar dan bersimpati.
Pengajaran
- Kita hendaklah mencintai alam sekitar
- Janganlah kita mencemari alam sekitar
- Kita mestilah bersyukur dengan alam sekitar.
- Kita hendaklah berusaha mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Sumber : Haron, R., Mohamad Saad, F., Mad Jisin, S. & Hashim, A. (2007) Teks & Rujukan LENGKAP PMR BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Arah Pendidikan Sdn Bhd.
Disediakan Oleh: Xaviour
Disediakan Oleh: Xaviour
harap menang aminnn
ReplyDeletedoa kan yee
ReplyDelete