Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.
Maksud Pantun: Penyajak memberitahu penjual mempelawa pembeli membeli barang yang baru keluar.
Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bukan membeli.
Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bukan membeli.
Maksud Pantun: Pembeli memberitahu dia tidak berhajat untuk membeli Cuma datang tengok dahulu.
Empat lima kuda di medan,
Kuda tengkot ke depan juga;
Bukan panglima rupanya tuan,
Makanya takut masuk berniaga.
Bukan panglima rupanya tuan,
Makanya takut masuk berniaga.
Maksud Pantun: Penjual memberitahu dia bukanlah orang yang suka memaksa, dia hanya menawarkan barang jualan.
Kuda tengkot menang berlumba,
Lompat bertangkup keempat kaki;
Mengapa takut masuk berniaga?
Kurangkah sanggup sifat lelaki.
Lompat bertangkup keempat kaki;
Mengapa takut masuk berniaga?
Kurangkah sanggup sifat lelaki.
Maksud Pantun: Pembeli menyindir penjual yang tidak berani untuk membeli dan memerli pembeli tiada sifat lelaki.
Penakut sungguh rupanya ikan,
Umpan di kail lari menepi;
Kedekut sungguh tuan nak makan,
Makanan baik tidak terbeli!
Maksud Pantun: Penjual memberitahu pembeli adalah seorang yang kedekut untuk membeli walaupun untuk barang yang baik dan berpatutan.
Kedekut sungguh tuan nak makan,
Makanan baik tidak terbeli!
Maksud Pantun: Penjual memberitahu pembeli adalah seorang yang kedekut untuk membeli walaupun untuk barang yang baik dan berpatutan.
Kalau mengail ikan tenggiri
Umpan di taut ikannya bilis;
Makanan baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya habis!
Umpan di taut ikannya bilis;
Makanan baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya habis!
Maksud Pantun: Pembeli memberitahu kepada penjual dia seorang yang berjimat-cermat dalam berbelanja.
Air hangat air bertapis
Tuangkan saya agak secawan;
Sayang sangat duitnya habis,
Kurang tenaga tidak melawan.
Tuangkan saya agak secawan;
Sayang sangat duitnya habis,
Kurang tenaga tidak melawan.
Maksud Pantun: Penjual menyindir pembeli yang berkira-kira untuk membeli dan tidak pandai untuk tawar menawar dalam harga.
Pasang panjut keliling rumah,
Bunga api di tengah laman;
Bukan kedekut, bukannya lemah,
Cuma hati belum berkenan.
Bunga api di tengah laman;
Bukan kedekut, bukannya lemah,
Cuma hati belum berkenan.
Maksud Pantun: Pembeli memberitahu secara ikhlas dia tidak ingin membeli kerana hati belum berkenan.
Dari Medan ke Sibolga,
Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
Hati tak dapat dijual beli.
Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
Hati tak dapat dijual beli.
Maksud Pantun: Penjual memberitahu pembeli bahawa dalam berniaga hati manusia(kasih sayang) sememangnya tidak boleh dijual beli.
Tema:
Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat) bertemakan peradaban manusia dalam dunia perniagaan. Contohnya mereka ada peraturan hidup dalam urusan jual beli.
Nilai
1) Bertolak ansur. Penjual seorang yang bertolak ansur dengan pembeli contohnya; penjual menggunakan bahasa sindirian dan mempelawa dengan baik.
2) Kegigihan. Contohya; penjual gigih berusaha untuk mendapatkan keuntungan dalam urusan jual beli.
3) Kesopanan. Sikap kesopanan dan budi bahasa penjual dan pembeli terserlah apabila mereka tawar menawar dengan baik dan menggunakan bahasa yang elok.
4) Keikhlasan. Penjual memberitahu pembeli dia ikhlas dalam melakukan urusan jual beli.
5) Berjimat-cermat. Pembeli adalah seorang yang berjimat cermat dalam berbelanja dan membeli.
6) Harga diri. Penjual mengakui bahawa kasih sayang dan harga diri tidak boleh dijual beli.
Pengajaran
1) Kita mestilah bertolak ansur dalam urusan jual beli. Contohnya; peniaga bertolak ansur dalam urusan jual beli.
2) Kita hendaklah bersopan-santun dalam urusan jual beli. Contohnya; pembeli bersopan santun dengan menolak pelawaan penjual dengan baik.3) Kita mestilah mempunyai sikap keikhlasan dalam urusan jual beli. Contohnya peniaga tidak menipu pembeli.
4) Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya; penjual bersungguh-sungguh untuk menjual ikan yang dijual.
5) Kita mestilah berjimat-cermat ketika membeli belah. Contohnya; pembeli berjimat cermat dalam membeli sesuatu barang.
Sumber: ZIn, M. (2018). KASIH JUALAN (PANTUN EMPAT KERAT). [online] Samozinn.blogspot.com. Available at: http://samozinn.blogspot.com/2016/05/kasih-jualan-pantun-empat-kerat.html [Accessed 28 Oct. 2018].
Disediakan Oleh : Jayden Tan Voon Leong
Disediakan Oleh : Jayden Tan Voon Leong
No comments:
Post a Comment