Wednesday, October 17, 2018

PANTUN (NASIHAT)

Berapa jauh wujud dengan sifat, 
Sejauh lutut dengan pelipat.

Sarang semut dalam gelap,
Orang selimut selalu lelap.

Hitam-hitam pucuk kawa, 
Sungguh hitam dipandang lawa.

Emas, perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.

Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul. 

Tema: Nasihat mengenai keperluan memupuk sikap yang baik dan berkualiti dalam diri. Sikap dan amalan baik ini akan member kesan positif kepada masyarakat.

Maksud:
Rangkap 1
Jarak antara lutut dengan pelipat dekat. Ini bermaksud perbuatan dan tingkah laku seseorang dapat menggambarkan diri, sikap, fikirannya semasa membuat keputusan. Oleh itu, rangkap ini menasihati masyarakat supaya menjaukan diri daripada sifat atau sikap buruk.

Rangkap 2
Rangkap ini menyatakan seseorang yang berdiam diri tidak akan membuat kerja yang ketinggalan. Seseorang yang bersikap malas perlu dijauhi. Dengan erti yang lain, orang yang tidak produktif akan berugi kerana mensia-siakan masa sahaja.

Rangkap 3
Walaupun seseorang mempunyai kulit yang hitam, tetapi dia masih cantik dan istimewa. Ini menyatakan bahawa kekurangan dalam diri tidak akan menjadi masalah jika dia boleh menggunakan kebolehan dan keistimewaan lain. Rangkap ini menasihati kita walaupun mempunyai kelemahan, kita masih boleh dipandang mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri yang baik.

Rangkap 4
Seseorang yang malas tidak akan menikmati kejayaan. Mereka tidak mendapat rezeki yang banyak jika tidak membuat perubahan.

Rangkap 5
Seseorang yang rajin dapat membuat dua pekerjaan dalam satu masa. Individu ini dapat menggunakan masa luangnya dengan bijak. Selain itu, rangkap ini juga menyatakan masyakarat yang saling membantu dan bekerjasama.

Pengajaran:
1) Kita hendaklah mempunyai sifat baik hati dalam diri sendiri dan dijadikan amalan dalam kehidupan. 
2) Kita hendaklah rajin berusaha demi mencapai kejayaan. 
3) Kita hendaklah saling membantu dan bekerjasam agar kerja yang berat menjadi ringan.

Nilai 
1. Baik Hati 
2. Rajin (Orang yang tidak produktif, akan rugi kerana mensia-siakan masa)


Sumber: Q, C. (2016) Pantun Dua Kerat (Nasihat) Antologi Kuingin Berterima Kasih KOMSAS Tingkatan 1. Laman bahasa Cikgu Q. [Blog]. Available from: https://qcikgubm.blogspot.com/2016/11/pantun-dua-kerat-nasihat-antologi.html [Accessed 28 October 2018].

Disediakan Oleh: Xaviour 

No comments:

Post a Comment

Jurnal Refleksi (Wei Hang)

Ng Wei Hang 0331754 Jurnal Refleksi Bahasa MElayu adalah bahasa rasmi Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab un...