Nanti lesung dimakan pahat;
Jangan menjadi orang malas,
Perut kosong badan tak sihat.
Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan pernama datang menerapa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Apa yang dapat jangan dilupa.
Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pokok kelapa;
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada saudara ibu dan bapa.
Maksud
Rangkap 1
- Janganlah jadi orang yang malas kerana orang yang malas akan mengalami pelbagai kesusahan.
Rangkap 2
- Ilmu hendaklah sentiasa dicari dan diamalkan.
Rangkap 3
- Kita hendaklah berbuat kebaikan terutamanya kepada ibu bapa dan saudara mara.
NILAI
- Pengtingnya ilmu pengetahuan, rajin berusaha, menjaga kebajikan orang tua.
PENGAJARAN
- Sikap ranjin perlu disemai sejak kecil agar hifup menjadi senang.
- Ilmu penting untuk dipelajari sebagai bekalan hidup.

Sumber: Haron, R., Mohamad Saad, F., Mad Jisin, S. & Hashim, A. (2007) Teks & Rujukan LENGKAP PMR BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Arah Pendidikan Sdn Bhd.
Disediakan Oleh: Jayden Tan Voon Leong
No comments:
Post a Comment